Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 15 April 2014


Emas jatuh lebih satu peratus semalam apabila pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan data jualan runcit mendorong pelabur untuk melakukan tunai ke atas keuntungan selepas kenaikan selama tiga minggu pada sesi dagangan sebelumnya.

Jualan dipercepatkan selepas harga yang mencatat kemuncak pada AS$1,330.90 pada Isnin, melepasi paras sokongan pada AS$1,317 seauns, iaitu purata pergerakan mudah 50 hari.

Harga juga jatuh pada pasaran kewangan lain termasuk saham, minyak dan tembaga.

Spot emas turun 1.3 peratus pada AS$1,308.70 seauns pada 0954 GMT, manakala niaga hadapan emas AS untuk penghantaran Jun susut AS$18.70 seauns pada AS$1,308.80.

"Terdapat kelemahan di seluruh komiditi, dirangsang oleh apa yang disifatkan sebagai dolar yang agak kuat dan pasaran China agak lemah," kata penganalisis Commerzbank, Eugen Weinberg.

"Sesetengah pelabur adalah mengambil keuntungan selepas kenaikan harga yang kukuh yang kita lihat baru-baru ini."

Menurut Weinberg, harga kini kelihatan menyepadu sekitar paras semasa, walaupun masih terdapat potensi untuk beberapa lagi pengambilan untung.

Dolar meningkat berbanding sekumpulan mata wang utama semalam selepas data jualan runcit AS yang dikeluarkan sehari sebelumnya memberi isyarat yang lebih cerah untuk ekonomi Amerika Syarikat.

Keyakinan yang semakin berkembang mengenai pertumbuhan AS adalah salah satu faktor utama dalam penurunan 28 peratus harga emas tahun lalu ekoran dana menarik kembali wang daripada pasaran emas untuk melabur dalam aset berhasil tinggi seperti saham berikutan jangkaan bahawa kadar faedah akan meningkat.

Namun peningkatan ketegangan politik antara Barat dan Russia tahun ini berhubung Ukraine, bersama-sama dengan kebimbangan mengenai ekonomi China, telah meningkatkan permintaan untuk emas beberapa minggu kebelakangan ini.

Logam itu meningkat sehingga 10 peratus tahun ini. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment