Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 19 Febuari 2014


Harga emas susut pada Rabu selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga setengah bulan pada sesi sebelumnya, berikutan pelabur mula meraih keuntungan dari peningkatan sebelumnya di tengah-tengah penurunan belian fizikal.

Bagaimanapun, kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global terus memberi sokongan kepada komoditi berharga itu sebagai platform simpanan terbaik dengan petunjuk carta teknikal memperlihatkan logam itu dijangka mengalami satu lagi fasa peningkatan.

Dalam sesi dagangan semalam, harga emas susut 0.21 peratus kepada AS$1,318.20 seauns pada 0714 GMT.

Ia mencecah AS$1,332.10 seauns pada Selasa, sekali gus memperlihatkan paras peningkatan paling kukuh yang pernah dicatatkan sejak 31 Oktober lalu, dan seterusnya mula berdepan penyusutan ekoran aktiviti mengaut keuntungan.

Sementara itu, hatga jongkong emas turut meningkat dengan meraih kenaikan kira-kira sembilan peratus setakat dua bulan pertama tahun ini.

"Selepas mencecah paras AS$1,300, harga emas dijangka berdepan sedikit penyusutan sebelum mula melonjak semula," kata Ketua Peniaga Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong, Ronald Leung.

"Aktiviti belian emas) dari sudut fizikal pula turut menampakkan penurunan. Ia menghampiri paras AS$1,320. Kami turut melihat terdapat beberapa aktiviti belain yang lebih kecil di tengah-tengah sedikit jualan," katanya.

Bagaimanapun dari segi gambaran petunjuk teknikal, harga emas bertambah baik selepas ia mencecah paras halangan yang sukar iaitu sebanyak AS$1,300," kata Leung.

"Keadaan semasa itu juga memperlihatkan situasi sedikit bulis. Sama ada ia (harga emas) boleh mencecah paras AS$1,350, kita perlu tunggu dan lihat," tambahnya.

Premium bagi jongkong emas di Hong Kong adalah stabil kira-kira pada AS$1.30 sehingga AS$1.70 seauns berbanding harga niaga komoditi itu di London.

Pegangan dana dagangan terbesar bersandarkan emas (ETF) yang diniagakan di SPDR Gold Trust New York, jatuh 0.63 peratus pada Jumaat berbanding Khamis, manakala perak yang turut menjadi kumpulan komoditi terbesar ETF New York, susut 0.59 peratus dalam tempoh sama.

Permintaan emas bersih jatuh 15 peratus pada 2013 ekoran peningkatan aliran keluar dana pelaburan fizikal mengatasi rekod permintaan pengguna, demikian menurut Majlis Emas Dunia pada Selasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment