Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 20 Febuari 2014


Harga emas meningkat semalam, berikutan kejatuhan dalam pasaran saham yang meningkatkan daya tarikan logam berharga itu sebagai pelaburan aset alternatif.

Harga logam berharga itu jatuh hampir AS$20 seauns dalam tempoh dua hari lalu kerana harga yang tinggi mengehadkan permintaan fizikal dan selepas minit mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) terkini yang memberi jaminan kepada pasaran bahawa Fed akan terus mengurangkan program rangsangan ekonominya.

Kontrak semasa emas naik 0.2 peratus kepada AS$1,313.09 seauns sementara kontrak emas hadapan AS bagi penghantaran April jatuh AS$6.70 seauns kepada AS$1,313.70. Ia mencecah paras tertingginya sejak 31 Oktober pada minggu ini pada paras AS$1,332.10.

"Harga emas diniagakan dalam dagangan sempit".

"Kami menyaksikan sedikit aktiviti pengambilalihan untung tetapi harga logam berharga ini mendapat sokongan daripada perangkaan ekonomi yang lemah, jadi secara keseluruhan ada keseimbangan," kata penganalisis Commerzbank, Daniel Briesemann.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malysia Derivatif mencatatkan paras penutupan lebih tinggi dalam dagangan tidak menentu semalam dengan disokong oleh peningkatan permintaan berikutan kebimbangan tentang pertumbuhan ekonomi dunia.

Bercakap kepada Bernama, peniaga dari Phillip Futures Sdn Bhd, Elky Liam Kian Yap, berkata peningkatan harga juga dirangsang oleh penurunan nilai dolar AS, yang mengalihkan minat pelabur kepada emas sebagai pelaburan selamat.

Kontrak Febuari 2014 menokok enam mata asas kepada RM140 segram, Mac 2014 naik tujuh mata asas kepada RM140.35 segram manakala April 2014 meningkat tiga mata asas kepada RM140.65 segram.

Jumlah dagangan bertambah kepada 303 lot daripada 241 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 1,865 kontrak daripada 1,796 kontrak.

Emas dalam pasaran tunai mengakhiri dagangan pada RM135.24 segram, turun empat sen daripada RM135.28 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment