Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 18 Febuari 2014


Harga emas merosot lebih rendah semalam ekoran pedagang mengambil keuntungan daripada untung yang dicatatkan baru-baru ini, tetapi logam selamat itu berada tidak jauh daripada paras harga tertingginya dalam tempoh tiga setengah tahun disebabkan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global.

Bullion naik 10 peratus tahun ini, selepas mengalami kejatuhan nilai hampir satu pertiga daripada nilainya pada 2013, disebabkan aliran keluar dana bersandarkan emas perlahan serta kelemahan pasaran ekuiti disebabkan kejutan oleh pasaran sedang membangun.

Harga emas naik untuk tiga sesi berturut-turut kelmarin, berikutan data ekonomi AS yang lemah, yang turut merangsang harga perak.

Spot emas susut 0.8 peratus kepada AS$1,317.31, selepas mencecah AS$1,332.10 dalam sesi awal, tertinggi sejak 31 Oktober.

Perak juga jatuh tetapi tidak terlalu jauh dari paras tertinggi tiga setengah tahun apabila mencatat harga AS$21.96 kelmarin.

"Emas dan perak masing-masing mempunyai momentum yang baik, maka jangkakan harga rendah itu semakin perlahan dan disokong," kata seorang peniaga logam berharga yang berpangkalan di Hong Kong.

"Secara realistik, harapkan pengunduran pembelian yang akan membawa kepada belian yang lebih baik sebelum kenaikan seterusnya yang lebih tinggi."

Peniaga itu berkata, sesetengah pelabur mula menjual selepas harga mencatat paras tertinggi kelmarin. Pembelian akan kembali pada paras antara AS$1,305 dan AS$1,318.

Saham Asia kebanyakannya susut selepas kenaikan kukuh pada sesi dagangan baru-baru, manakala dolar berada pada paras menghampiri tempoh terendah enam minggu berbanding sekumpulan mata wang.

Pelabur telah mencari pelindungan dalam emas selepas beberapa data AS menunjukkan ekonomiterbesar dunia itu dilanda cuaca sejuk dan kebimbangan pertumbuhan perlahan di China.

Emas sering dilihat sebagai pelaburan alternatif kepada aset berisiko seperti saham dan dalam keadaan ekonomi tidak menentu dianggap sebagai penyelamat.

Di pasaran fizikal, Menteri Kewangan India, P Chidambaram, kelmarin berkata bahawa beliau akan menimbangkan untuk mengurangkan sekatan terhadap import emas, tetapi tidak akan membiarkan defisit akaun semasa negara itu melambung.

Untuk mengurangkan defisit perdagangan, India memperkenalkan sekatan import tahun lalu yang telah mengurangkan import rasmi logam, walaupun penyeludupan meningkat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment