Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 17 Febuari 2014


Emas mencecah paras tertinggi tiga setengah bulan semalam disebabkan kebimbangan berhubung pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) manakala nilai dolar yang semakin lemah pula menambah daya tarikan emas sebagai pelaburan selamat.

Sentimen pasaran terhadap emas positif sejak awal tahun disebabkan data ekonomi lemah dari AS dan China.

Emas menokok 10 peratus tahun ini selepas mencatat kejatuhan 28 peratus pada 2013, manakala perak menokok 12 peratus.

Pelabur membuat kedudukan masing-masing dan aspek teknikal pula mencadangkan kenaikan harga berterusan.

"Kami berpendapat pendorong jangka terdekat bagi harga emas adalah data makro AS yang lemah dan peningkatan peruntukan portfolio bagi emas," kata Helen Lau, penganalisis kanan di UOB-Kay Securities di Hong Kong.

Emas semerta menokok 0.6 peratus kepada AS$1,326.60 seauns pada 0724 GMT, selepas mencecah AS$1,329.55 pada sesi awal, paras tertinggi sejak 31 Oktober.

Logam itu melonjak empat peratus minggu lalu, kenaikan mingguan tertinggi sejak Ogos.

Dagangan hadapan emas AS menokok bagi sesi kesembilan. Perak pula diniagakan naik satu peratus menghampiri paras tertinggi sejak awal November.

"Kami bulis terhadap emas, menyasar penjejakan semula sepenuhnya kepada para tinggi AS$1,433 daripada Ogos 2013," kata penganalisis di ScotiaMocatta.

Data perkilangan AS Jumaat lalu menunjukkan angka lemah, mencadangkan cuaca sejuk memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi.

Dalam jangkaan harga emas naik, spekulator menaikkan pertaruhan masing-masing dalam dagangan hadapan dan opsyen emas ke paras tertinggi tiga bulan, demikian menurut data Suruhanjaya Dagangan Hadapan Komoditi.

Data lain menunjukkan dana lindung nilai Paulson & Co mengekalkan kepentingannya dalam dana tukaran dagangan berasaskan emas terbesar dunia, SPDR Gold Trust, dalam suku keempat.

Walaupun pegangan SPDR Gold Trust susut 5.10 tan kepada 801.25 tan Jumaat lalu, kejatuhan pertama dalam tiga minggu, mereka kekal stabil berbanding aliran keluar 500 tan tahun lalu.

Di pasaran fizikal, premium emas di India susut 17 peratus Jumaat lalu kepada paras terendah dalam empat bulan berikutan pembeli menangguh pembelian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment