Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 23 Febuari 2014


Harga emas susut minggu lalu, ditekan oleh nilai dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh tetapi masih di landasan untuk mencatat keuntungan bagi minggu ketiga kerana pelabur menjangkakan beberapa pemulihan dalam ekonomi global.

Emas meningkat lebih sembilan peratus setakat ini bagi tahun ini apabila kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi meningkat permintaan terhadap logam selamat itu, walaupun harga masih jauh di bawah paras paling tinggi iaitu kira-kira AS$1,920 seauns yang dicatat pada 2011.

Emas tunai susut AS$3.65 seauns kepada AS$1,318.86 turun dari paras tertinggi tiga setengah bulan iaitu AS$1,332.10 yang dicatat pada Selasa lalu.

Peniaga menyaksikan banyak pembelian dalam pasaran fizikal minggu ini, tetapi ramai peniaga barang kemas mungkin menunggu pembetulan harga.

Premium untuk bar emas adalah stabil di Hong Kong dan Singapura tetapi jauh di Tokyo kerana keuntungan dalam niaga hadapan emas Tokyo.

Saya rasa AS$1,330 adalah paras cukup tinggi untuk seketika. Tidak banyak insentif pada masa ini kecuali pergerakan dolar," kata Yuichi Ikemizu, pengurus cawangan untuk Standard Bank di Tokyo yang menjangka emas akan didagang dalam jajaran AS$1,300 hingga AS$1,335.

"Saya rasa (harga) adalah sedikit terlalu tinggi bagi orang Asia untuk membeli emas kerana kita sudah di bawah AS$1,300 untuk tempoh masa lama dan orang membeli banyak.

"Emas AS meningkat AS$2.30 seauns kepada AS$1,319.20.

Dagangan berhati-hati selepas minit mesyuarat dasar terbaru Rizab Persekutuan menunjukkan beberapa pembuat dasar mahu meneruskan pemotongan rangsangan monetari, yang boleh menjejaskan permintaan emas sebagi lindung nilai terhadap inflasi.

Satu tinjauan menunjukkan aktiviti pengilangan AS yang cergas memberikan kenaikan kepada pasaran saham Asia semalam dan meningkatkan nilai dolar, walaupun kebimbangan asas mengenai pertumbuhan ekonomi China boleh menyebabkan pelabur bergegas untuk membeli aset pasaran sedang membangun.

Indeks dolar AS berbanding sekumpulan mata wang meningkat kepada 80.30 daripada paras terendah lapan minggu 79.927 yang dicatat pada Rabu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment