Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 November 2013


Kontrak hadapan emas didagangkan tinggi di Bursa Malaysia Derivatif pada tengahari semalam, berikutan kegiatan membeli semasa harga murah berterusan bagi logam berharga itu, kata peniaga.

Sehingga jam 2.05 petang, November 2013 naik satu mata kepada RM128.80 segram manakala Disember 2013 menokok tiga mata kepada RM129.30 segram.

Jumlah dagangan pada 82 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 1,197 kontrak.

Sementara itu bagi pasaran global, emas naik semalam selepas mendapat rangsangan dengan kejatuhan dolar, namun masih dalam corak menurun menuju kejatuhan terbesar bulanannya untuk tempoh lebih lima bulan.

Kejatuhan itu susulan petanda pemulihan bagi ekonomi AS yang mungkin menjadi petunjuk mudah kepada simpanan tunai bagi bank pusat yang semakin berkurangan.

Emas berkurangan enam peratus pada November dan kerugian lebih suku daripada nilainya bagi tahun ini yang akan meletakkannya dalam laluan mencatatkan kerugian tahunan pertama dalam tempoh 13 tahun.

Ia kekal di bawah AS$1,300 bagi tempoh tiga minggu dan mengikut jajaran kecil dalam beberapa sesi sebelum ini ekoran kekurangan dagangan sekitar AS menjelang cuti umum Thanksgiving kelmarin.

Harga emas naik 0.2 peratus AS$1,245.70 seauns pada 1045 GMT.

Ia jatuh bagi tempoh 4.5 bulan terendah kepada AS$1,227.34 pada Isnin.

Harga hadapan AS naik 0.6 peratus kepada AS$1,245.50 seauns.

Peniaga melihat paras rintangan akan datang adalah pada AS$1,255 dan AS$1,290, manakala sokongan kekal dalam zon AS$1,220. - AGENSI

CARA MUDAH JIMAT PETROL !!!!
http://bit.ly/17vl4zX

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment