Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SAMUN BERSENJATA : 5 Minit, Sembilan Dulang Emas Lesap



Seremban - Dalam tempoh tidak sampai lima minit,dua lelaki bersenjatakan pistol melarikan sembilan dulang barang kemas dalam kejadian samun di Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini,petang kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Superintendan Lim Kim Fook, berkata dalam kejadian jam 5.10 petang itu, dua lelaki berusia lingkungan 30-an dan menaiki motosikal menyerbu masuk ke dalam kedai berkenaan.

9 dulang emas 
Katanya, mereka kemudian mengarahkan tiga pekerja di kaunter memasukkan barang kemas pelbagai jenis ke dalam beg sebelum melarikan diri bersama sembilan dulang emas berkenaan.

“Ketika kejadian terdapat lima orang dalam kedai emas terbabit termasuk seorang pengawal keselamatan yang tidak bersenjata.

"Pemilik kedai berada di bahagian belakang dan semua yang berada dalam premis itu terpaksa mengikut arahan suspek demi keselamatan.

"Seorang daripada suspek terbabit mengacukan pistol sebelum mengarahkan tiga pekerja berkenaan memasukkan barang kemas ke dalam beg,” katanya di sini, kelmarin.

Lim berkata, ketika kejadian berlaku tiada pelanggan dalam premis dan pemilik sedang mengemas untuk menutup premisnya.

Teliti rakaman CCTV
Katanya, polis akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) dan kerugian masih belum ditaksirkan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api. Ini antara kejadian samun terbesar setakat ini yang berlaku di bandar ini membabitkan kedai barang kemas,” katanya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment