Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 23 Ogos 2012



Emas dan perak naik ke paras tertinggi lebih tiga bulan semalam, meninggalkan prestasi lembap selama berbulan selepas minit daripada mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) merangsang harapan pelaksanaan aktiviti pembelian bon.

Rangsangan ekonomi dijangka meningkatkan unjuran inflasi, positif bagi emas, yang dilihat sebagai aset lindung nilai, sementara prospek pemulihan ekonomi merangsang sentimen bagi aset berisiko.

Persekutuan dijangka melaksanakan satu lagi pusingan rangsangan kewangan “dalam masa terdekat” kecuali ekonomi menunjukkan pemulihan yang besar, mengikut petikan terbaru minit mesyuarat bank pusat itu.

Nada Persekutuan ternyata berbeza berbanding minit pada mesyuarat sebelumnya, dan ia membantu emas mengatasi jajaran harga terdahulu dan memasuki lingkungan pergerakan harga tinggi di ambang musim penggunaan,” kata Chen Min, penganalisis Jinrui Futures di bandar selatan China, Shenzen.

Emas spot naik 0.7 peratus kepada AS$1,665.09 seauns, tertinggi sejak 1 Mei, sebelum turun sedikit kepada AS$1,664.84 pada 0620 GMT. Harga melepasi pergerakan purata harga penting sepanjang 200 hari pada sesi sebelumnya, kali pertama dalam tempoh hampir lima bulan

Kontrak niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Disember naik 1.5 peratus kepada AS$1,665.70. 

Penganalisis pasaran Reuters, Wong Tao berkata carta menunjukkan emas spot mungkin mencapai aras AS$1,647, selepas menguji paras bertahan pada AS$1,664.

Tindakan mengambil keuntungan jangka pendek dan euro yang kukuh juga membantu permintaan terhadap emas, mengekalkannya untuk mencatat tujuh sesi kenaikan.

Spot perak berlegar tinggi lebih dua peratus kepada AS$30.51, tertinggi sejak awal Mei.

Pelabur kini memerhati mesyuarat antara Perdana Menteri Greece, Antonis Samaras dan pemimpin Eropah lain termasuk Athens bagi mencari lebih masa memenuhi komitmen dana bantuannya, sementara ketua bank pusat China menyatakan Beijing harus menggunakan semua tindakan yang boleh bagi menguruskan polisi kewangan dengan efektif.

Minat terhadap emas semakin meningkat ketika spekulasi langkah rangsangan kewangan di seluruh dunia. Pegangan sma Gold Trust, dana tukaran dagangan terbesar disokong emas, terus naik, mencecah paras tinggi tiga bulan sebanyak 1,281.978 tan pada 22 Ogos.

Peningkatan harga emas mendorong penjual emas fizikal di Asia, yang menjangkakan lebih banyak pengaliran masuk emas terpakai ketika sentimen emas kekal tinggi.

“Pelabur banyak melakukan penjualan semalaman, dan kita mungkin menyaksikan lebih banyak apabila Indonesia memasuki pasaran minggu depan," kata peniaga yang berpengkalan di Singapura.

Bagaimanapun, jualan emas terpakai di Tokyo senyap ketika yen yang kukuh menjadikan harga emas kurang menarik bagi penjual, kata peniaga.

Spot platinum naik ke paras antara AS$1,558 seauns, tertinggi sejak 3 Mei, membawa premium emas-platinum turun kepada AS$100, paling rendah dalam lebih tiga bulan.

Spot paladium memecah paras dua bulan tinggi sebanyak AS$637.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment