Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS
Showing posts with label Petikan Daripada Kosmo. Show all posts
Showing posts with label Petikan Daripada Kosmo. Show all posts

Petikan Daripada Kosmo : Berniaga sambil melabur

Komentar daripada admin : Lihatlah keunggulan emas sebagai penyimpan nilai, emas boleh boleh memberikan keuntungan sama ada ia disimpan, dilabur atau diniagakan. Sila baca post "Kelebihan menjadi ejen Public Gold". Klik SINI.

Oleh NURUL IZZA ROSLY


Latif (kiri) dan Hanizah menunjukkan produk kraf serta aksesori emas sadur yang boleh dijual oleh rakan niaga yang berdaftar dengan mereka.

TIDAK dinafikan bahawa melibatkan diri dalam perniagaan menjanjikan pulangan yang berganda berbanding bekerja makan gaji.

Sungguhpun begitu, tidak ramai yang mampu menyediakan modal bagi memulakan sesuatu perniagaan selain pada masa yang sama tidak berani menanggung risiko kerana khuatir berdepan dengan kegagalan.

Hakikatnya modal dan ilmu perniagaan perlu ada bagi menjamin kelestarian sesuatu perniagaan. Namun bagi yang berminat berniaga, tetapi tidak mempunyai modal, kini penyelesaian terbentang di depan mata.

Koperasi Jaringan Usahawan Selangor Berhad (Kojaring) dengan kerjasama syarikat pengeluar produk kraf logam bumiputera D’or Rue Sdn. Bhd. merupakan syarikat pertama yang menyediakan modal niaga bagi perniagaan berkonsepkan kraf serta emas yang disalurkan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

“Kita tidak akan berikan modal berupa wang tunai, tetapi dalam bentuk barangan.

“Contohnya, dalam pembiayaan pinjaman RM30,000, pihak kami akan memberikan produk dalam bentuk emas tulen 999 seberat 70 gram dan produk-produk kraf emas sadur yang bernilai RM17,600 untuk diniagakan selain simpanan tunai RM7,500,” kata Pengerusi Kojaring, Latif Kachong.



D'OR RUE mengeluarkan pelbagai produk hiasan termasuk aksesori fesyen, cenderamata korporat dan perhiasan berkonsep tradisional serta kontemporari.

Ujarnya, modal berupa jongkong emas tulen itu digunakan bagi tujuan cagaran kepada pinjaman dan akan disimpan oleh koperasi sebelum dipulangkan kepada usahawan selepas selesai pembayaran pinjaman.

Dalam hal ini, usahawan bukan sahaja berniaga, tetapi turut membuat pelaburan dengan emas yang nilainya semakin meningkat saban tahun.

Menurut Latif, pihaknya menawarkan dua jenis rakan niaga iaitu Rakan Niaga Perunding Emas (akan memperoleh pembiayaan modal niaga RM5,000) dan Rakan Niaga Pengurus Emas (akan memperoleh pembiayaan modal niaga RM30,000).

“Selain daripada itu, terdapat 16 kelebihan sebagai rakan niaga antaranya khidmat tebus gadai, insentif memperkenalkan rakan usahawan baharu, dividen tahunan, diskaun pembelian kepada usahawan dan khairat kematian.

“Kita mencari 50 rakan niaga dan sesiapa yang mendaftar awal serta lulus permohonan pembiayaan akan mendapat hadiah menarik.

“Ia berupa percutian lima hari empat malan ke Bali atau Phuket dan tiga hari dua malam sama ada ke Langkawi, Port Dickson atau Kuantan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan D’or Rue, Hanizah Zainudin memberitahu, usahawan akan mendapat 50 peratus diskaun belian produk kraf.

“Latihan perniagaan turut diberikan kepada mereka selain menyediakan khidmat selepas jualan.

“Sebagai contoh, kita ajar usahawan bagaimana cara untuk mencuci emas. Mereka hanya membeli cecair pencuci emas dalam botol kecil yang berharga RM15 dan percaya atau tidak, mereka mampu mendapat untung antara RM600 hingga RM1,000,” jelasnya.

Katanya lagi, jika mereka tidak boleh menjual emas, mereka boleh menjual aksesori fesyen untuk mereka jana pendapatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petikan Daripada Kosmo : Tipu - Bekas pegawai syarikat pelaburan didenda

Komenter daripada admin : Kalau nak melabur emas, carilah syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jom daftar sebagai ejen Public Gold. Sila baca post "Cara Menjadi Agen Public Gold - Pembayaran Melalui HQ Penang". Klik SINI.

SHAH ALAM — Seorang bekas pegawai syarikat pelaburan dikenakan hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menipu lima individu dalam pelaburan mata wang emas menyebabkan kerugian lebih RM121,000, lima tahun lepas.

Hakim Aslam Zainuddin turut memerintahkan tertuduh, Wan Mohamed Wan Zin, 44, dikenakan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Wan Mohamed sebelum ini mengaku tidak bersalah dan dibicarakan atas tuduhan sama.

Sepanjang perbicaraan, seramai 13 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dan di akhir kes pendakwaan, mahkamah memutuskan supaya tertuduh dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, Wan Mohamed yang sepatutnya memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan menukar pengakuannya kepada bersalah.

Tertuduh yang semasa kejadian bertugas sebagai pegawai Syarikat SMI-Q Resources Sdn. Bhd. didakwa memperdaya lima pelabur untuk membuat pelaburan dalam mata wang ”Kijang Emas Gold Bullion Coins” yang menjanjikan pulangan pelaburan tinggi.— BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS