Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Apakah Kesudahannya......Genneva...ooooo....Genneva....

Selepas beroperasi sejak 2007, akhirnya Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan merampas beratus-ratus kotak berisi dokumen urus niaga membabitkan transaksi jual beli emas, komputer, kepingan emas dan sejumlah wang tunai. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang  Haram.

  
Dianggarkan pelanggan atau pelabur Genneva seramai 50,000 orang dan syarikat ini telah melakukan transaksi membabitkan RM5 bilion sejak penubuhannya dan pernah didakwa pada 2009. Walaupun syarikat ini masih dalam siasatan, laman web rasminya masih boleh diakses menerusi alamat sesawang http://www.gennevaworld.com.my/.

Setiap pelabur akan menerima hibah setiap bulan, selama 3 bulan dan pulangan ini amat menarik menyebabkan ramai orang yang berminat untuk melabur di syarikat ini.


Pesanan daripada admin, berhati-hatilah semasa berurusan pembelian emas kerana jika tersalah langkah, masalah yang besar akan menimpa.

Jika syarikat ini didapati bersalah, bagaimana pula pelabur-pelabur, adakah wang mereka akan dikembalikan? Jika syarikat ini akan didakwa di mahkamah, berapa lamakah proses pendakwaan dilakukan?? Tentu mengambil masa yang lama.....

Marilah kita bersama-sama mengikuti perkembangannya......Apakah kesudahan kes Genneva Malaysia Sdn Bhd ini.....

"Simpan Emas Untuk Melindungi Wang Anda"

MOHD AZHAR B KORDI
Priority Dealer Public Gold (PG004158)
012 - 357 8910
013 - 987 3012 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment